Terima Kasih kepada Cikgu Iezwan

Thursday, September 24, 2009




Terima kasih atas bantuan Cikgu Iezwan yang berpengalaman dalam dunia blogger dalam membantu dalam pembikinan blog dan sumbangan pic-pic yang menarik yang disediakan olehnya. Berpengalaman lebih 3 tahun dalam blogger sedikit sebanyak mengajar kami dari PSS tahu mewarnai blog ini dengan lebih ceria dan menarik.

Fasa Pertama Blog PSS dibina



Salam Ukhwah buat blogger kalian semua... Alhamdulillah ke hadrat Illahi atas kesempatan ruang untuk memulakan langkah pertama dalam dunia blog ini bagi Organisasi Pusat Sumber Sekolah SK Jimah Baru. Pertama sekali ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Mahmud selaku penggerak dalam menjanakan idea dalam pembikinan blog ini di PKG Chuah pada minggu lepas. Dengan adanya blog PSS sekolah ini, sedikit sebanyak membantu dan menambahkan kemudahan berkenaan struktur dan pelan jangka masa panjang bagi PSS SK Jimah Baru ini. Dalam kerangka ke arah kecemerlangan SK Jimah Baru sedikit sebanyak ia membantu dalam memberi maklumat berkenaan aktiviti yang telah dirancang dan dibuat sepanjang tahun ini atas kerjasama anjuran PSS dan beberapa panitia sekolah yang terlibat.